Peringatan
Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya 'Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.
Apakah rahsia Matrix sebenarnya?Sains mendapati dunia ini tidak 'real'.Semua keputusan saintifik mendapati struktur alam ini adalah abstrak,infiniti dan tidak konkrit.Kita bagaikan hidup di alam abstrak yang aneh.Kita hidup di alam fantasi.
Ini adalah Matrix013,dan ini adalah artikel terakhir dalam edisi ketiga ini.
Amaran Terakhir!Sila kembali ke pemahaman biasa jika minda anda masih belum mampu memahami maksud artikel.Matrix013 mengandungi satu rahsia yang merupakan konsep terpenting Matrix.
-M.O
Ketahuilah
tiada yang wujud selain Dia
tiada yang melihat selain Dia
tiada yang berkata selain Dia
tiada yang mendengar selain Dia
tiada yang berbuat selain Dia
Apa yang kau lihat
hanyalah imej
mindamu yang menafsir
foton-foton dan isyarat elektrik
bukan di luarmu
tetapi mereka di dalam
mindamu
kau mendengar
kau berkata
kau merasa
mindamu yang menafsir
hidup ini hanya mainan dan
kepuraan-puraan
setiap yang hidup
pasti akan mati
Hukum Ketidakpastian Heisenberg:
"sifat-sifat objek bergantung kepada pemerhati"
menjawab persoalan
relativiti
kerana semua yang kau hadapi
relatif kepada pemerhatianmu
sehingga
ruang dan masa
adalah intuisi
mindamu yang menafsir...............
.............................mindamu yang menafsir
bersimpuhlah di depan Tuhanmu
menangislah
mengapa kita dijadikan
dan untuk apa
Hanya Tuhan
yang kekal dan
abadi
Sejak berabad lamanya,manusia ingin tahu apakah sebenarnya diri mereka ini dan hubungannya dengan alam sekeliling.Ada yang berguru dengan para bijak pandai dan pendeta agama.Ada yang melakukan pertapaan berminggu-minggu.Ada yang berpuasa.Ada juga yang menyakiti diri sendiri semata-mata ingin tahu tujuan dan mengapa mereka berada di dunia.
Kita kadangkala bermimpi ketika tidur,namun apakah yang terjadi sebenarnya ketika kita bermimpi?Kita merasakan terbang melayang atau bersiar-siar ke dunia lain.Ada yang pernah melihat kaum keluarga atau orang-orang yang telah meninggal dunia.Mimpi bagaikan satu dunia lain yang fantasi dan aneh.Apakah sebenarnya mimpi itu?Adakah ketika itu roh kita benar-benar keluar dari tubuh?
Adakah mimpi ini berkaitan dengan dunia kita sekeliling?Apakah maksud mimpi ini sebenarnya?Apabila kita mati,adakah kehidupan lain selepas itu,atau kisah hidup kita tamat di sini?Apakah makna hidup ini.Mengapa kita di sini?Siapa yang melakukan semua ini dan apa tujuan dia?
Terdapat persoalan yang misteri di sini.Ada sesuatu yang tidak kena.Jika hidup terhenti di sini,atau hanya kebetulan berdasarkan hukum evolusi,apakah sebenarnya mimpi itu?Bagaimana kita boleh mengingati mimpi kita selepas bangun dari tidur?Ini bermakna minda kita masih berfungsi ketika tidur.Jadi,bagaimana minda tidak mati padahal tubuh kita mati dan tidur?
Apakah hubungan minda dan tubuh??
Hubungan Minda dan Tubuh
"We are not human beings on a spiritual journey. We are spiritual beings on a human journey"
(Stephen R. Covey)
Otak manusia terdiri daripada tiga komponen struktur utama:cerebrum yang berbentuk kubah-besar,terletak di atas,cerebellum yang terletak terpencil di bahagian bawah dan stem yang terletak ditengah-tengah.Otak manusia adalah pusat kawalan bagi pergerakan,tidur,rasa lapar,dahaga dan aktiviti-aktiviti lain untuk berhidup.Otak sekian lama dikaitkan sebagai organ untuk menusia berfikir.Saintis mengatakan emosi juga dikawal oleh otak.Otak menerima dan menterjemah isyarat-isyarat yang tak terkira banyaknya yang diterima dari seluruh tubuh manusia juga dari persekitaran luar.
Otak juga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak Neocartex,Otak Mamalian dan otak reptilian.Denyutan saraf dalam badan manusia bergerak dengan kelajuan 0.5m sesaat ke 100m sesaat(Heimler dan Lockard).Otak Neocartex terbahagi kepada 2 cerebrum iaitu otak kanan dan otak kiri.Otak kanan adalah otak artistik manakala otak kiri adalah otak logik.Selain daripada itu,dalam otak kita mempunyai neuron.Neuron mengandungi bahan sel yang saling bersambung diantara satu sama lain untuk melakukan denyutan saraf dan melakukan proses penghantaran maklumat di antara satu neuron dengan neuron yang lain.
Otak terbentuk dari dua jenis sel: neuroglia dan neuron. neuroglia berfungsi untuk menunjang dan melindungi neuron, sedangkan neuron membawa maklumat dalam bentuk isyarat elektrik.Mereka berkomunikasi dengan neuron yang lain dan ke seluruh tubuh dengan mengirimkan berbagai macam bahan kimia yang disebut neurotransmitter .Neurotransmitter ini dikirimkan pada celah yang dikenal sebagi sinaps.Sinaps berfungsi sebagai penghubung antara neuron-neuron yang ada dalam otak manusia.Jumlah sinaps itulah yang menentukan tahap kecerdasan otak kita.Jumlah sinaps dalam otak kita biasanya berjumlah 10 trilion,tapi tak semuanya berfungsi dengan dengan baik dan tahukah anda 25000 neuron hanyalah sebesar hujung sebatang jarum.Invertebrata seperti serangga mungkin mempunyai jutaan neuron pada otaknya,vertebrata besar mampu mempunyai hingga seratus bilion neuron.
Jadi kesimpulannya,struktur otak kita dicipta untuk mewujudkan neuron.Dan neuron ini penting kerana ia terdiri dari sinaps iaitu bertindak seolah-olah kabel penghubung antara neuron-neuron.ANDA NAMPAK RAHSIA INI?
Kabel,transmitter dan isyarat elektrik adalah kunci kepada rahsia ini.Dalam mukaddimah Matrix011 yang lepas,ada diterangkan tentang Sains Biologi sepintas lalu.Biologi mengatakan bahawa sel kita terdiri daripada kromosom yang membawa DNA.DNA adalah bahan kimia yang mengandungi maklumat genetik yang penting.Data-data ini termasuk warna kulit,jantina,ciri-ciri tubuh atau bentuk wajah seseorang.
Mari kita gabungkan pengetahuan dalam bidang Kimia dan Biologi.Selepas kita cantumkan semua petunjuk ini,kita akan mencapai pintu kepada rahsia Matrix sebenar.
Otak kita sebenarnya bertindak sebagai trasmitter-receiver,ia seperti peralatan radio atau satelit.Sel otak berbeza dengan sel-sel lain di tubuh manusia.Ia terdiri daripada neuron.Neuron-neuron ini bertindak seperti operator yang menyambungkan talian ke talian yang dikehendaki.Dalam terminologi Matrix,neuron seumpama router (penghala) yang membahagi-bahagikan maklumat yang dihantar kepadanya.Dalam komputer,neuron umpama CPU yang memproses maklumat dan menghantarnya ke destinasi.Sinaps pula umpama pipeline di dalam struktur memori cip.Neuron yang banyak tetapi kekurangan sinaps adalah kurang cekap berbanding otak yang mempunyai jumlah sinaps yang lebih banyak.
Dari mana otak menyerap maklumat?Dari perkakas input seperti mata,hidung,telinga,lidah dan kulit.Maklumat ini ditukarkan ke dalam bit-bit isyarat elektrik dan diserap oleh neuron.Neuron juga ibarat server yang memproses maklumat dan menukarkannya kepada bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter.Bahan kimia inilah yang dihantar melalui sinaps ke destinasi yang ditetapkan.ANDA FAHAM SETAKAT INI?
Sel-sel tubuh manusia pula terdiri daripada kromosom yang membawa DNA.DNA adalah jujukan maklumat yang berstruktur.Kemajuan dalam Sains Biologi telah mampu memecahkan kod-kod DNA ini kepada maklumat yang boleh dibaca manusia.Namun hanya sebilangan kecil sahaja maklumat ini yang boleh dibaca.Padahal terdapat mungkin beratus atau beribu kombinasi kod yang masih cuba dipecahkan (decode) oleh saintis.Inilah permulaan kepada Genome Project dan pengklonan.Warna kulit dan jantina dapat disahkan maklumatnya di dalam DNA.Begitu juga corak cap jari.Terdapat maklumat genetik yang penting di dalamnya dan pada hari ini saintis mendakwa mampu mengecam seseorang walaupun tubuhnya terbakar atau terpotong-potong kecuali jari-jemarinya,kerana pada hujung jari khasnya corak cap jari itu sebenarnya mengandungi semua maklumat biologi manusia tadi.
"Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna."
(AlQiyaamah ayat 4)
NAMPAKNYA MANUSIA MEMBAWA MAKLUMAT DIRINYA YANG TELAH TERTULIS PADA TUBUHNYA KE SANA KE MARI.
JIka kita gabungkan semua 'clue' ini,kita akan perasan bahawa maklumat yang dibawa oleh neurotransmitter melalui sinaps akan dihantar ke SEL-SEL SELURUH TUBUH MANUSIA.Bahan kimia neurotransmitter akan bertukar menjadi DNA,juga sejenis bahan kimia.Inilah cara manusia bertindak dengan maklumat yang diterimanya.
Contoh paling mudah ialah,tangan kita yang tersentuh cerek panas.Secara automatik,tangan kita akan terangkat dari permukaan panas itu.Konsep luaran amat mudah,benda panas membuatkan kita sakit dan sebab itu tangan kita terangkat.Jika ditafsir lebih ilmiah,sistem saraf kita bertindak balas dengan rasa panas.Namun sebenarnya proses tadi mengambil tindakan penghantaran maklumat yang teramat kompleks,bermula daripada komunikasi antara neuron,pemilihan dan pemprosesan maklumat yang banyak;penukaran isyarat elektrik dari input kulit tangan tadi kepada bahan kimia nerotransmitter yang membawa maklumat 'panas' tadi.Kemudian proses penghantaran melalui sinaps,kurang sinaps maka jaringan penghantaran pun lambat maka makin melecurlah tangan tadi.Data dalam bentuk neurotransmitter ditukar pula kepada DNA (deoxyribonucleic acid) sejenis asid yang mengandungi maklumat kemudian akan dihantar pula ke sistem saraf yang memerlukannya.Dalam kes ini,saraf pada tangan akan bertindakbalas.
Dari ini kita tahu,sel otak mempunyai neuron.Sel tubuh mengandungi kromosom.Neuron membawa bahan kimia dipanggil neurotransmitter,manakala kromosom membawa bahan kimia yang dipanggil DNA.Bahan-bahan kimia ini mengandungi data-data.Neuron menukarkan isyarat elektrik kepada data dalam komposisi kimia.Dan kromosom menukarkan data dalam komposisi kimia ke isyarat elektrik semula.
Ini ibarat apabila kita menaip pada papan kekunci,isyarat elektrik akan ditukar kepada kod binari yang akan dihantar ke CPU.Setelah diproses,kod binari tadi akan ditukar ke isyarat elektrik dan dipaparkan pada skrin komputer.Begitu juga apa yang kita taip pada browser,akan ditukar kepada kod HTML,kemudian ditukar kepada format yang dapat dibaca.Begitu juga apabila kita menghantar email,maklumat yang kita hantar akan ditukar kepada paket-paket data dalam bahasa mesin/elektronik kemudian digabungkan semula dan ditukar kepada bahasa manusia.
JIKA SINAPS ADALAH MEDIUM PENGHANTARAN BAGI NEUROTRANSMITTER,APA PULA MEDIUM PENGHANTARAN BAGI DATA DALAM DNA?
Syaitan dan Sel Darah Merah
“Bahawa syaitan itu berjalan dari anak Adam pada tempat jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”
(Bukhari & Muslim)
Sel tubuh manusia dikategorikan kepada dua:sel darah putih dan sel darah merah.Sel darah putih bertindak sebagai komponen pertahanan tubuh badan;Sistem Daya Tahan Tubuh Melawan Penyakit.Virus AIDS bertindak memakan sel darah putih ini,sebab itu ia mampu melumpuhkan sistem ketahanan tubuh.Kita tinggalkan sel darah putih,kita mahu fokus kepada sel darah merah.Sel darah merah bertindak sebagai MEDIUM PENGHANTARAN DALAM SISTEM TUBUH.Sel darah merah membawa oksigen ke otak.Sel darah merah membawa makanan atau nutrien ke seluruh tubuh untuk tumbesaran.DAN SEL DARAH MERAH JUGA MEMBAWA DATA-DATA KE KROMOSOM.
Sel darah merah umpama sistem pengangkutan.Bas,jalanraya,teksi,LRT,keretapi,kapalterbang atau seumpamanya dan itulah fungsi sel darah merah.Struktur sel darah merah juga dapat menggambarkan tugasnya;seperti sebuah bekas yang melengkung di tengah,guna untuk menampung apa saja.Kita mengenal sel darah merah ini sebagai DARAH sahaja.
Darah mengalir ke seluruh tubuh.Ia mengalir melalui sejenis sistem saraf yang dikenali sebagai pembuluh darah.Darah adalah 'transporter' atau posmen atau kakitangan mel seperti FedEX.Selain nutrien,oksigen dan lain-lain,ia juga membawa data-data dari otak atau dari tubuh ke otak.
Kromosom memanfaatkan perkhidmatan darah ini untuk menyimpan data-data yang dibawanya ke dalam 'perpustakaan digital' yang terbina-dalam (built-in) di dalam DNA.Jadi dari sini kita tahu kemampuan darah membawa data yang dikirimkan oleh neurotransmitter,kemudian dibawa oleh darah kepada kromosom dan dihantar kepada DNA.RAHSIA PERTAMA DARI SINI ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN MEMANG MEMPENGARUHI TUBUH BADAN KITA.Dengan kata lain,data dalam otak kita akhirnya menjadi data dalam sel tubuh badan kita dan sel tubuh akan bertindak berdasarkan maklumat di dalamnya.Seperti mana sistem bas yang mempunyai terminal bas,keretapi yang mempunyai stesen keretapi atau kapal terbang yang mempunyai lapangan terbang,DARAH SEBAGAI KOMPONEN PEMGANGKUTAN PASTI ADA TERMINALNYA JUGA.Apakah itu?
Ia adalah qalb.
Terdapat dua konotasi tentang qalb,pertamanya mengikut terjemahan harafiah,ia bermaksud jantung.Ini adalah benar kerana jantung berfungsi sebagai alat mengepam darah ke seluruh tubuh;mengedarkan darah.
Namun ulama Nusantara lebih cenderung menterjemahkannya sebagai hati dan hati dalam konteks ini bermaksud jiwa (Bahasa Melayu mempunyai dua definisi tentang makna hati,pertama sejenis organ dalam tubuh,dan kedua bermaksud jiwa atau perasaan).Ulama Nusantara bukan salah terjemah kerana mereka sudah pasti pakar dalam bahasa Arab,namun ulama Nusantara yang lebih kepada spiritual bukannya sains lebih cenderung menafsirkan qalbun berdasarkan tafsiran di dalam AlQuran.Qalbun ditafsirkan lebih kepada akal/jiwa di dalam AlQuran.Namun jika kita melihat fungsi hati,ia juga memainkan peranan penting dalam tubuh manusia.
Hati manusia memproses bahan kimia dan dihantar melalui darah.Sebab itu kadangkala hati digelar 'chemical factory'.Hati juga mengawal kandungan glukos dalam darah.Tanpa hati yang berfungsi dengan baik,darah akan menjadi pengangkutan yang 'jahat',membawa bahan kimia yang beracun,berasid atau salah ke sistem tubuh.
Namun dalam konteks ini,jantung lebih tepat memandangkan nabi berkata persoalan 'segumpal daging' (organ manusia) dan mengingatkan ketika peristiwa Isra' Mi'raj,Malaikat Jibril membelah dada nabi untuk mencuci jantung,kerana jantung terletak di dada.
"…Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan qalbun"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Lihat,Nabi Muhammad bukanlah doktor tetapi bagaimana baginda mengetahui fungsi jantung lebih 1400 tahun dahulu?Inilah wahyu yang dilhamkan kepada nabi Muhammad s.a.w.Bukan rekaan nabi sendiri.
Hari ini serangan jantung amat merbahaya,dan pengetahuan tentang jantung amat penting dalam disiplin perubatan sehingga ditubuhkan Institut Jantung.
Jantung berfungsi mengedarkan darah;sama seperti fungsi terminal bas,keretapi atau kapal terbang.
Dalam terminologi Matrix,organ ini (qalb) dicam sebagai jantung,namun di Matrix roh,ia adalah jiwa manusia;sesuatu yang lebih abstrak dan sukar untuk dijelaskan.
Berbalik kepada darah,nabi juga memberitahu kita satu maklumat yang penting,iaitu syaitan mampu bergerak bebas di dalam pembuluh darah:
“Bahawa syaitan itu berjalan dari anak Adam pada tempat jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”
(Bukhari & Muslim)
Dalam konotasi hantu di dalam budaya masyarakat dunia,hantu-hantu ini menyukai darah dan digambarkan hantu terutamanya vampire (pontianak) atau drakula amat gemar menghisap darah manusia.Apa kaitan syaitan atau hantu ini dengan darah?Sebenarnya syaitan menggunakan darah SEBAGAI MEDIUM PENGANGKUTAN KE DESTINASI OTAK MANUSIA.Dan darah juga memgandungi maklumat penting atau membawa data-data dari otak atau ke otak.Sebab itu syaitan mampu membaca fikiran manusia dan menimbulkan godaan-godaan dalam bentuk suara-suara hati.Syaitan juga mampu memintas data yang dibawa oleh darah.Syaitan juga mampu menimbulkan syahwat.Seperti yang umum ketahui,alat sulit lelaki mencapai ereksi apabila darah dipam secara agresif ke alat sulit.Jika syaitan sudah menguasai sistem darah dan kawalannya di otak,sudah pasti manusia tadi akan sentiasa berfikir perkara-perkara lucah.
Sampai di sini,adakah anda faham kaitan tubuh manusia dengan Matrix yang dia berhidup?Ok,biar kami terangkan lagi.
Sel-sel tubuh manusia sebenarnya membawa maklumat.INI ADALAH RAHSIA KEDUA.Seterusnya sel-sel inilah membentuk struktur tubuh manusia.JADI MANUSIA SEBENARNYA MEMBAWA MAKLUMAT.Atau manusia sendiri adalah maklumat itu.Manusia seolah-olah sebuah buku atau kitab yang boleh dibaca.Strukturnya penuh dengan aliran data-data,terhasil dari katalog-katalog di dalam perpustakaan digital yang terbina di dalam DNA.Manusia adalah manifestasi alam ini.Inilah maksud dari kata-kata sufi.Tasawuf bertemu Sains di sini.
Rahsia pertama tadi,data di dalam otak kemudiannya menjadi data di dalam sel tubuh.Maksudnya APA YANG KITA FIKIRKAN MENJADI MAKLUMAT DALAM TUBUH KITA.JIka kita fikir kita kuat,lambat laun kita akan benar-benar kuat.Fisiologi kita akan bekerja mengikut apa yang kita fikirkan.JIka kita fikirkan boleh,kita akan boleh melakukannya (anda masih ingat lirik lagu ini?)
Tiga ratus tahun yang lalu,Newton menegaskan bahawa semua benda mempunyai realiti tertentu dan tidak berubah.Tetapi hari ini
Fizik Kuantum dan Prinsip Ketidakpastian Heisenberg telah mengemukakan pandangan berbeza,
"bahawa sifat sesuatu benda SEBENARNYA diubah oleh pemerhatinya"!
Kajian dalam Mekanik Kuantum mendapati corak orbit elektron pada atom-atom berubah-ubah mengikut aras tenaga tertentu.Dan aras-aras tenaga ini boleh dikawal melalui gelombang elektromagnet.Dan kajian dalam bidang Neurologi pula ,mendapati gelombang otak manusia dapat dipancar keluar melalui frekuensi tertentu dan mampu mempengaruhi gelombang elektromagnetik.
APAKAH MAKSUD SEMUA INI??!
"Matrix Adalah Apa Yang Anda Percaya"
"Aku selalu mengikut apa jua sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku,dan Aku selalu menyertai hambu-Ku ketika dia berzikir kepada-Ku"
(Hadis Qudsi,dipetik dari Hikam)
Maksud hadis qudsi di atas amat mendalam.Allah s.w.t akan mengikut apa jua sangkaan kita terhadapnya.Jika kita fikir Tuhan itu pemurah dan penyayang,maka itulah yang kita dapati.Sebaliknya jika kita fikirkan Tuhan kitu kejam dan zalim,anda boleh agak apa yang akan terjadi.
Di sini Tasawuf bertemu Sains.Dan Sains menjadi alat untuk menjelaskan Tasawuf.
Mari kita pergi kepada RAHSIA SEBENARNYA.Penjelasan yang panjang hanya akan memeningkan lagi persoalan Matrix ini.
Adakah anda pernah bermimpi?Sudah tentu, bukan?
Ok,adakah anda pernah mengalami suatu perasaan di mana apabila anda memandang wajah seseorang,anda seperti pernah melihat wajahnya.
"Macam pernah ku lihat,tetapi di mana ya?"
Dalam istilah saintifik,ini dipanggil deja vu.Kadang-kadang deja vu ini merangkumi tempat dan situasi sekali.Deja vu terbahagi kepada dua,pertama deja vu yang terhasil dari ketidakcekapan memori,kita memang pernah melihatnya cuma kita lupa dan juga termasuk kategori ini adalah deja vu mimpi,kita pernah melihat seseorang atau tempat yang sama seperti yang pernah kita mimpi.
Neo: Whoa, deja vu.
Kategori yang kedua adalah 'deja vu anomaly'.Deja vu ini adalah deja vu di mana kita memang pernah lihat seseorang tetapi bukan dalam mimpi dan bukan sepanjang kita kehidupan kita.Ia tiada di mana-mana dalam kehidupan kita,namun kita terasa pernah melihatnya.
Trinity: A deja vu is usually a glitch in the Matrix. It happens when they change something.
Ini adalah PETUNJUK KEPADA DUNIA MATRIX SEBENAR.Matrix yang kita berhidup sekarang ini cuma simulasi data yang dihantar melalui minda.MINDA ADALAH WAKIL KEPADA ROH DALAM PENGECAMAN MATRIX MANUSIA.Minda yang masih berfungsi walaupun kita tidur bermaksud roh kita bukanlah sebenarnya berada di dalam Matrix dunia ini.ROH KITA BERADA DI SUATU LOKASI YANG LAIN.
Matrix yang lain.
Matrix lebih tinggi.
Tidur adalah fungsi 'hibernate' tubuh kita.Sistem tubuh berhibernasi namun bukan minda.Minda ketika itu hanya melihat skrin yang mewakili Matrix dunia,terpadam dan dalam keadaan gelap.Dan minda di bawa ke Matrix lain.Maha Suci Tuhan yang memiliki Matrix-matrix yang tidak terkira banyaknya.Jika kita tidak bermimpi,bermaksud minda kita tidak melihat skrin lain.Dan ia tetap tinggal di dalam skrin gelap Matrix dunianya.Ia berdiam tetapi tidak mati.
Di dalam Matrix manusia,ia adalah MINDA.
Di dalam Matrix lain yang misteri,ia adalah roh.
Namun minda bukanlah roh,ia adalah sebahagian komponen dari roh,kerana persoalan roh adalah terlampau kompleks dan manusia tidak layak dan tidak mampu memikirkannya.
"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."
(Al Israa' ayat 85)
Roh manusia tetap di Matrix lain.Ia diatur bersusun-susun.Berapakah jumlah roh di dalam Matrix ini?
Jumlahnya adalah sama dengan jumlah manusia sejak nabi Adam dicipta sehingga manusia terakhir yang dimatikan sebelum hari kiamat.
Ini bermakna juga,bayi-bayi yang belum lahir juga telah ada rohnya di sini.Apabila tiba waktunya,roh ini di'plug in' ke dalam Matrix dan berubah menjadi seorang bayi comel di Matrix manusia.
Roh tidak akan hilang,tercemar (corrupt),dipadam (delete) atau ditindan (overwrite).Hanya minda manusia sahaja boleh menjadi demikian.
Selepas manusia di'plug out' dari Matrix dunia,rohnya akan dipindahkan berdasarkan keputusan simulasi minda yang dia jalankan.Adakah sama dengan apa yang dia janjikan sebelum di'plug in'??
Allah Swt berfirman: "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)", atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka, apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu"
(QS. Al A'raf: 172-173)
Roh yang mendapat keputusan positif,akan bergerak ke 'Iliyyin;tempat roh orang beriman.Roh yang mendapat keputusan negatif,akan bergerak ke Sijjin;tempat roh orang fasik,munafik dan kafir.Ini adalah asas di mana terdapat lagi kategori roh,seperti roh kanak-kanak orang kafir,dan kita boleh merujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama untuk mengetahuinya secara terperinci.
JIKA ANDA TIDAK MAMPU MENCERNA PENGETAHUAN DI ATAS,KAMI NASIHATKAN KEMBALI KE PEMAHAMAN TRADISIONAL.INI LEBIH BAIK.PEMAHAMAN YANG SALAH ADALAH AMAT BERBAHAYA DAN MEMUDARATKAN ANDA.
Jadi,kita sebenarnya hidup di dalam simulasi minda sahaja.Apa yang kita rasa,lihat,sentuh,hidu dan dengar adalah sekadar isyarat-isyarat elektrik yang bersimpang-siur di dalam trafik data yang berkelajuan tinggi sahaja.Minda kita yang merasakan semua itu,dan tubuh kita adalah jujukan data yang membantu minda memahami Matrix.Manakala 'tubuh' sebenar kita masih berada di..
'The Real World'
-----------------------------------------------------
Terminologi
Matrix manusia/dunia:Matrix di mana manusia bertempat kini.
plug in:Kemasukan ke Matrix.
plug out:keluar dari Matrix.
pipeline:Rangkaian terminal di mana digunakan oleh komputer untuk membawa arahan.Lebih banyak pipeline maka lebih pantas dan cekap CPU bekerja.
deja vu:Pengalaman di mana otak kita mengesan kewujudan memori yang pernah wujud sebelumnya namun masih kabur identiti atau data-data mengenainya.Di dalam Matrix,deja vu adalah fenomena di mana ejen di dalam Matrix telah dapat mengesan ejen lain di mana kedua-dua ejen pernah berkenalan semasa menjadi host di luar Matrix.Di dalam penjelasan agama,kita mungkin pernah melihat seseorang itu ketika berada di alam roh.
----------------------------------------------------
On the phone:
I know you're out there. I can feel you now. I know that you're afraid. You're afraid of us. You're afraid of change. I don't know the future. I didn't come here to tell you how this is going to end. I came here to tell you how it's going to begin. I'm going to hang up this phone and then I'm going to show these people what you don't want them to see. I'm going to show them a world without you, a world without rules and controls, without borders or boundaries, a world where anything is possible. Where we go from there, is a choice I leave to you...
Matrix 3rd Density Chapter I completed...