Tips meningkatkan kesabaran

Kesabaran memang sangat di perlukan dalam menghadapi kehidupan ini..
Bagaimana tidak, karena dalam hidup kita sering terkena masalah yang berat yg sulit untuk di hindari, yang bisa membuat kita menjadi lemah. Maka dari itu kali ini Lovelizzers akan memberikan Tips Cara Meningkatkan Kesabaran Dalam Kehidupan sebagai berikut:

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan
kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada
orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda
berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda
nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda
terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa
anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati
mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati
setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil
dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk
orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk,
tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka
melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan
ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak
bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap
anda.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan
yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan
anda mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan
berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa
rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat
lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu
(moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh
mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah
dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda
itu.
14. Jangan fikir bahawa cita-cita dan apa yang anda kehendaki
adalah terlalu penting.
15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu
mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda
dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan
kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang
sabar.







Sumber : Aneh 92