Menyambung tentang Persoalan (a) daripada Part 6....
NASA tidak pernah mendaratkan sesiapa pun di Bulan. Seperti yang diceritakan sebelum ini, setiap kali mereka menghantar orang ke Bulan, studio khas ala hollywood mereka akan memancarkan “video dan audio feed” kepada angkasawan yang kemudiannya menghantar semula data palsu ini ke Bumi. Data palsu ini dihantar sebagai gula2 kepada “Ground Control Centre” mereka yang langsung tidak tahu menahu tentang penipuan yang dijalankan. Ini kemudiannya dijadikan santapan rakyat2 biasa di Bumi dalam bentuk journal2 dan buku2 teks mengarut NASA.
Tujuan sebenar penghantaran misi-misi Apollo hanyalah untuk mengelilingi Bulan sahaja. Nak turunkan orang memang merbahaya kerana radiasi yang berat dan mereka juga takut diserang oleh Lamarakh Bulan. Habis tu, apa yang mereka buat sewaktu mengelilingi Bulan?
Mereka memancarkan mesej-mesej Atalan Bumi bagi memujuk Atalan Bulan yang bermastautin di 18 buah bangunan berbentuk piramid tu bagi menyerahkan resipi teknologi ilmu dunia fizikal terhebat mereka. Ini kerana Atalan Bumi telah lama kehilangan resipi teknologi ini kerana pembelotan sekelompok Atalan sewaktu peperangan dengan Lamarakh dahulu (cerita pembelotan ni pun kalau nak citer... panjang jugak). Ringkasnya, kelompok ini belot kerana mereka merasakan Atalan lah yang bersalah mencetuskan peperangan dengan Lamarakh. Atalan lah yang telah bertindak terlebih dahulu melancarkan serangan ke atas Lamarakh (Ni macam perangai Israel la ni).
Sekarang kita cerita sikit tentang teknologi yang telah hilang dari Atalan Bumi. Ia melibatkan kebolehan memanipulasi atom serta molekul dan secara kasarnya terbahagi kepada 2 bidang utama:
i. Teleportasi – mengalihkan sesuatu jasad fizikal (tak kira la besar mana pun) daripada satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Contohnya.. macam yang berlaku dalam zaman Nabi Sulaiman a.s. bila istana Ratu Balkis dipindahkan. Cuma masa tu Asif Bin Baqriya guna ilmu lain... bukan ilmu Atalan ni. Atau macam citer Star Trek... boleh beam orang dpd satu tempat ke satu tempat. Atau lebih advance lagi... mcam citer Stargate... boleh lompat daripada satu portal ke satu portal lain.
ii. Manipulasi bahan – menukar sifat sesuatu bahan... contohnya seperti cerita King Midas la ni... boleh tukar apa2 benda kepada emas atau macam citer komik Pedang Sitiawan boleh menukar kayu jadik pedang, dsb. Senang jugak kan... bila lapar jer tukar pasir jadik nasik beriani :P
Alhamdulillah... sehingga kini Atalan Bulan masih belum menyerahkan semula teknologi kepada Atalan Bumi dan NASA.
Ini lah di antara sebab mengapa setiap kali ada piramid ditemui di mana2 bahagian di Bumi, geng2 jahat akan segera menguasainya. Ini termasuk piramid yang berada di dalam hutan simpan Taman Negara Pahang (kita rakyat Malaysia pun tak diberitahu hal ni). Sedikit info tentang piramid Malaysia ini ada saya kongsikan di dalam posting2 yang lepas dalam album NWO ni.
Ini kerana piramid2 ni pernah menjadik kampung halaman Atalan suatu masa dulu dan di situ terdapat portal2 yang sehingga hari ini masih aktif. Maknanya kalau Atalan Bulan nak balik Bumi... tak payah susah2 nak naik kapal angkasa... teleport sahaja... maka sampai la mereka ke Bumi. Dengan teknologi teleport dan manipulasi bahan ini juga... bolehlah kita bayangkan mengapa membina piramid bukanlah menjadi perkara yang sukar untuk mereka.
[Nota: Semua teknologi yang diceritakan dalam Part 6 dan Part 7 ini hanya melibatkan teknologi Al-Bashar sahaja. Belum cerita lagi pasal teknologi Kumpulan Al-Jin dan Al-Insaan. Bayangkan kalau teknologi2 ini bergabung. Mungkin kita akan rasa sangat hebat... tapi tak lah hebat pun sebenarnya kalau berbanding ilmu Allah. Itu sebab di dalam Al-Quran ada banyak kali kita semua ditempelak... kalau Al-Jin dan An-Naas (Al-Bashar + Al-Insaan) bergabung pun tak boleh nak buat seperti apa yang Allah buat]
(Insyaallah... bersambung)