Penjara Minda (Al Insaan 1/7)


ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK?
[Part 1 of 7]

Setiap hari... sama ada kita suka atau pun tidak... kita kena berfikir. Macam2 la benda yang difikirkan. Daripada sekecil2 benda sampailah benda2 besar yang mungkin memberikan impak tinggi kepada kita atau masyarakat... tak berenti2 kita berfikir. Paling tidak pun kita mungkin kena fikir pasal cam mana nak bayar hutang, macam mana nak nampak kekal cantik menawan, hari ni nak makan apa, kenapa nasib kita selalu malang, macam mana nak majukan bisnes/karier kita, macam mana nak mengenakan orang, bila nak balik kampung, siapa kita nak undi, kat mana nak beli rumah, atau macam mana nak ngorat awek atau mamat yang kita suka... :P Ish ish... tak habis2 berfikir, berfikir dan berfikir.

Sedarkah kita, setiap kali berfikir, apa yang kita buat sebenarnya ialah bercakap dengan diri kita sendiri? Kalau tak percaya... cubalah fikirkan sesuatu dalam keadaan sedar yang kita sedang berfikir. Cuba camkan apa yang kita sebenarnya sedang buat... Ya, sewaktu berfikir kita sebenarnya bertanya kepada diri sendiri dan kemudiannya, kita sendiri yang menjawab soalan tersebut. Bagi para saintis moden, hal ini dipanggil monolog. Dalam sehari... kita dikatakan membuat monolog beratus2 kali... malah bagi sesetengah orang mungkin bermonolog beribu2 kali.

Bila nak bermonolog atau berfikir... kita perlu gunakan bahasa. Ada orang berfikir dalam bahasa Inggeris... ada yang berfikir dalam bahasa Melayu... bahasa Cina... bahasa India dan sebagainya. Pendek kata, bermacam2 bahasa la yang kita gunakan sebagai medium kita berfikir atau bermonolog. Disebabkan hal ini, lahirlah pendapat yang mengatakan “the limits of my language are the limits of my world” atau “had penguasaan bahasa saya ialah had dunia saya”. Dengan kata lain, sekiranya penguasaan bahasa kita lemah... tak kiralah bahasa apa yang kita gunakan untuk berfikir, maknanya lebih terbataslah kebolehan kita untuk berfikir dalam memahami dunia yang kita diami ini.

Ada orang pula berpendapat, sesetengah bahasa itu lebih baik daripada bahasa2 yang lain kerana ketepatan istilah yang dimiliki. Dikatakan bahasa yang terbaik ialah bahasa Arab, Hebrew, Sanskrit dan Portugis. Jika hal ini benar, adakah ini bermakna... sesiapa yang berfikir di dalam bahasa2 ini lebih mudah menguasai ilmu2 dan dapat berfikir dengan lebih baik?

Sekarang cuba bayangkan mereka yang dilahirkan pekak dan bisu pula... Mereka membesar tanpa pernah mendengar dan mempelajari sebarang bahasa khusus. Bagaimanakah cara mereka berfikir? Sekiranya mereka belajar bahasa isyarat tangan pula, adakah setiap kali berfikir mereka akan melakukan monolog bahasa isyarat tangan di dalam minda mereka?

Persoalan lain yang juga timbul ialah... benarkah tiada cara lain untuk kita berkomunikasi atau berfikir melainkan bermonolog menggunakan bahasa? Tak bolehkah kita berfikir tanpa bahasa? Apa benda sebenarnya bahasa ini? Tidakkah anda dapat merasakan bahawa bahasa ini telah digunakan ke atas al-insaan supaya ianya menjadi pagar atau lebih tepat lagi penjara bagi fikiran kita al-insaan? Bahasa adalah penjara yang menghadkan minda al-insaan?

Rasanya... dpd pembacaan hal2 dan persoalan2 yang ditimbulkan di atas, anda kini mungkin telah dapat menangkap tujuan posting ini dibuat. Apa yang saya cuba ketengahkan kali ini ialah tentang siapakah dalang yang telah memanipulasi kewujudan bahasa untuk tujuan memenjara fikiran kita.... al-insaan. Apakah tujuannya? Yang kedua pula... Pernahkah kita terfikir... betulkah sewaktu kita berfikir... kita bermonolog atau sebenarnya kita bukan bermonolog... tetapi dalam diri kita memang ada dua karektor yang senantiasa berbual? Malah pernah kah anda merasakan yang di dalam diri anda ada bermacam2 karektor yang bergilir2 mengambil alih menyuarakan kehendak masing2? Dan yang ketiga... apakah sebenarnya yang sedang berlaku di dalam hal ini terhadap al-insaan?

Berikut adalah maklumat2 yang saya kutip daripada pelbagai sumber.

Diceritakan sewaktu dimasukkan sahaja roh ke dalam jasad semasa kita di dalam alam rahim ibu, bahagian yang paling mula2 sekali memberikan reaksi ialah kelenjar pineal atau “pineal gland”. Apakah kelenjar pineal? Boleh rujuk posting2 terdahulu tentang kelenjar pineal ini di dalam album NWO. (Saya cuba menjimatkan ruangan yang terhad di sini dengan mengelakkan penerangan ulangan tentang kelenjar pineal ini).

Secara analogi perkomputeran... kelenjar pineal ini boleh la dilihat berfungsi sebagai sebuah komputer mikro yang sangat hebat. Cuba bayangkan... walaupun saiznya amat2 kecil (sebesar sebiji kacang) ia dilengkapi dengan hardware dan software yang membolehkan roh menjalankan kerjanya bagi mentadbir jasad. Betulkah begitu?

Daripada apa yang telah diterangkan setakat ini, bolehlah kita membuat perkaitan awal (atau bagi yang skeptik.... andaian awal) bahawa:

(i) roh adalah operator atau “user” bagi komputer mikro hebat bernama kelenjar pineal; dan

(ii) Kelenjar pineal digunakan oleh roh untuk mentadbir jasad.

Adakah anda faham setakat ini? Mari kita sambung....

Tadi semua yang diceritakan berlaku sewaktu kita di dalam rahim ibu. Seterusnya, sebaik sahaja kita dilahirkan, sebuah lagi komputer mikro hebat mula diaktifkan. Ya, komputer mikro hebat kedua ini ialah otak. Kebanyakan saintis moden memberitahu kita yang otak telah mula berfungsi semenjak kita di dalam rahim ibu lagi. Akan tetapi ini adalah tidak benar. Sebenarnya kelenjar pineal lah yang berfungsi sewaktu kita di dalam alam rahim ibu di mana otak pada ketika ini masih belum diaktifkan lagi. Bagaimana boleh jadi begini?

Sama ada kita sedar atau pun tidak, selepas kita dilahirkan.... secara beransur-ansur otak mula mengambil alih sedikit demi sedikit peranan kelenjar pineal. Roh pula secara berperingkat, mula menggunakan otak bagi mentadbir jasad kita dan sedikit demi sedikit roh melepaskan kelenjar pineal daripada kawalannya. Apabila kita berumur sekitar 6 atau 7 tahun, otak pun mengambil-alih sepenuhnya peranan kelenjar pineal.

Setelah otak mengambil alih sepenuhnya, apa yang berlaku ialah kelenjar pineal pun mengalami proses “reboot”. Selepas selesai proses “reboot”, kelenjar pineal duduk di dalam mod tunggu-sedia atau “stand-by mode”. Stand-by untuk apa?

Nampaknya posting Part 1 ini lebih banyak meninggalkan persoalan2 berbanding jawapan2. InsyaAllah... semuanya akan semakin jelas nanti di dalam Part 2, Part 3.... dan seterusnya hinggalah Part 7.


Wallahualam