Perpecahan Al Insaan (Al Insaan 3/7)



Seperti yang kita maklum.... hari ini kita boleh lihat di sekeling kita. Dek kerana bahasa2 yang berlainan... kita terpecah dan hidup berpuak-puak. Ada yang terpecah mengikut sempadan2 negeri dan ada juga yang terpecah mengikut sempadan2 negara. Malah, banyak juga yang terpecah walaupun duduk di dalam kejiranan yang sama oleh kerana kekangan dan perbezaan bahasa yang digunakan untuk bertutur, menulis dan berkomunikasi.

Firman Allah dalam [surah Al-Hujurat ayat 13] Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kami telah menciptakan kalian terdiri daripada lelaki dan perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya manusia yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi ketaqwaannya, Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenali”.

Mari kita sambung mengenali makhluk yang digelar “Aslaik La” ini. Ia sebenarnya telah dijadikan Allah semenjak berbillion-billion tahun dahulu lagi. Ia telah menyaksikan kehidupan dan kehancuran semua bangsa2 terdahulu di bumi ini... bermula daripada 96 Bangsa2 Hebat (27.3 Bilion Tahun), Bangsa Al-Jin (16.4 Bilion Tahun), Kumpulan Al-Bashar Pertama (820 Juta Tahun), Kumpulan Al-Bashar Kedua (41 Juta Tahun), Kumpulan Al-Bashar Ketiga (2.2 Juta Tahun) dan Bangsa kita... Al-Insaan (bermula lebih daripada 100 Ribu Tahun dahulu).

Tentang gelaran “Aslaik La” pula yang bermaksud “Yang Ada di dalam Tiada”, rasanya elok kalau saya menjelaskannya sedikit. Harus kita faham bahawa maksud kewujudan yang sebenar ialah kedua-duanya sekali. Dengan kata lain, “Ada” ialah satu bentuk kewujudan. “Tiada” pun adalah satu bentuk kewujudan juga. Ada = Wujud; dan Tiada = Wujud. Anda boleh faham? Kalau tak faham takpe la :P Kalau faham... Alhamdulillah... :D Justeru itu kita kena betul2 jelas yang “Tidak Ada” adalah tidak sama dengan “Tidak Wujud”.

Seperti yang kita ketahui... bagi “Aslaik La”... kebolehan berkomunikasi dan merekabentuk berbagai2 bahasa baru adalah mudah sahaja. Ini semua kuasa Allah dan saya faham... bagi anda yang baru sahaja mendengar tentang hal2 yang sebegini sudah tentu akan merasa bingung. Tidak kurang pula yang akan menolak mentah2 cerita2 seperti ini. Bagi saya pula, saya hanya berkongsi maklumat2 yang saya dapati daripada pelbagai sumber sebagai juadah dan santapan fikiran anda. Sekiranya anda sudah selesa dan berpuashati dengan keadaan fikiran anda yang sebenarnya terpenjara itu, maka elok la anda berhenti membaca posting ini dan menyambung semula menatap buku2 lain atau akhbar2 serta media2 terbitan Iblis, Dajjal dan konco2 nya :D

Setelah Iblis dan Dajjal pulang daripada bertemu “Alaik La”, mereka pun menunggu untuk “Aslaik La” untuk menjalankan tugasnya untuk memenjarakan fikiran manusia. Tunggu punya tunggu... “Aslaik La” masih lagi tidak melakukannya. Lama kelamaan, Iblis dan Dajjal pun hilang sabar dan kembali menemui “Aslaik La”. Apa yang berlaku selepas itu ialah kedua-duanya ditempelak oleh “Aslaik La”. Barulah Iblis dan Dajjal faham yang “Aslaik La” hanya akan memulakan kerja memenjara fikiran manusia selepas kejadian Banjir Besar di zaman Nabi Nuh a.s.

Dengan kata lain, sebelum kejadian “Banjir Besar” fikiran manusia adalah bebas yakni tidak terpenjara seperti fikiran manusia selepas itu. Mereka yang hidup sebelum Banjir Besar langsung tidak mengahadapi masalah perbezaan bahasa kerana mereka hanya menggunakan 9 jenis bahasa sahaja. Semua manusia pada waktu itu memahami kesemua 9 jenis bahasa yang mereka gunakan bersama2 ini (Apakah 9 jenis bahasa ini? - Nanti la, kena bukak siri lain. panjang ceritanya nih).

Seperti yang kita tahu, setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi ini sehelai sepinggang. Mereka telah meninggalkan kehidupan moden dan serba canggih mereka ditelan banjir. Mereka mula kembali menjadi orang2 gua dan kembali mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.

Selepas Banjir Besar, “Aslaik La” pun mula menjelajahi bumi bertemu dengan setiap puak yang bertebaran di muka bumi ini. Bagi setiap puak, dia mengajarkan beberapa ilmu tertentu dan bahasa yang unik untuk setiap puak. Akan tetapi, ada beberapa perkara yang sama diajarkan kepada semua puak.... iaitu kisah 96 Bangsa2 Hebat, Al-Jin dan 3 Kumpulan Al-Bashar yang telah hidup, dihancurkan dan saki-baki mereka yang masih tumpang hidup di bumi hingga ke hari ini. Sebagai tanda yang “Aslaik La” telah singgah mengajarkan ilmunya, setiap puak diarahkan untuk membina piramid2 dan kubah2 selaras dengan teknologi Atalan dan Lamarakh (seperti yang pernah saya ceritakan di dalam posting2 yang lalu di dalam album NWO).

Selepas selesai “Aslaik La” selesai menjalankan tugasannya ini, maka bermulalah manusia hidup berpuak-puak dengan mengamalkan semangat patriotisme puak masing2. Setiap puak mula melihat puak2 yang lain sebagai orang asing dan bukan lagi saudara mara mereka yang berasal daripada Bahtera Nabi Nuh a.s. Kini kita boleh lihat, semua negara/negeri bangga dengan bendera negara/negeri masing2, lagu2 kebangsaan negara/negeri masing dan seterusnya lupa yang mereka semua sebenarnya adalah bersaudara. Ada pula sesetengah puak (di bawah pengaruh Iblis dan Dajjal) menindas puak2 lain. Ketua2 negara hari ini pula dimestikan menyokong serta menganggotai kelab Iblis dan Dajjal di belakang rakyat mereka sendiri. Jika tidak, Dajjal akan memasukkan mereka ke dalam neraka Dajjal dan menghadapi kesukaran hidup serta “bancruptcy” ekonomi. Akhir sekali, fikiran manusia pun terpenjaralah dek kerana hal2 ini yang mana benihnya ialah semata2 berpunca daripada perbezaan bahasa2 mereka.

Menyambung cerita tentang “Aslaik La” pula, tugasannya bukan sahaja sekadar memenjarakan fikiran manusia. Rupanya ia ada tugasan lain. Saya pun hanya mengetahui tentang hal ini tidak lama dahulu. Saya baru mengetahui, yang “Aslaik La” bukan sahaja tugasnya memenjarakan fikiran manusia, akan tetapi di akhir zaman.... “Aslaik La” jugalah yang bertanggungjawab membebaskan manusia daripada penjara fikiran mereka. Bagaimanakah caranya untuk membebaskan fikiran manusia?

Kalau dulu manusia terpecah-belah berpunca daripada perbezaan bahasa, kini untuk melepaskan belenggu fikiran ini “Aslaik La” mula mengajarkan pula sejenis ilmu komunikasi yang melangkaui batasan bahasa. Sebelum hal ini dapat diterangkan, saya perlu menjelaskan lebih banyak lagi tentang “Aslaik La” dan berkongsi beberapa maklumat lain terlebih dahulu.

Wallahualam.