Sebelum ini telah di terangkan pada zaman Al-Bashar, jenis teknologi seperti berikut telah dipelopori:
i. Atalan: Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal – Berlandaskan ilmu epistemologi, kajian kimia, ilmu metematik, kaji bahan, ilmu fizik, ilmu logika, ilmu bahasa dan lain-lain yang sealiran dengannya; dan
ii. Lamarakh: Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi – Berlandaskan ilmu biologi tinggi, kajian dimensi dan spiritual.
Tentu dapat melihat perkaitannya di mana sifat ilmu yang diguna-pakai oleh NASA dan lain2 konco Syaitan dan Dajjal adalah setakat Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal sahaja. Dengan kata lainnya, kehandalan geng2 jahat ini membuat barang2 seperti komputer, smart devices, pelbagai kenderaan hinggalah penggunaan tenaga nuklear.... tidak lain dan tidak bukan ialah aplikasi Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal.
Maka di sini timbul 2 jenis persoalan2 utama:
a. Apa lagi Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal yang masih kita belum lihat lagi? Kenapa ianya masih disorokkan dan disimpan oleh Atalan Bulan? Seperti yang kita kini tahu... saki baki Atalan Bumi dan NASA gigih berulang-alik ke Bulan untuk memujuk Atalan Bulan menyerahkan bahagian akhir teknologi mereka.
b. Kenapa pula kita jarang sekali mendengar (atau tak pernah dengar langsung) dan melihat Al-Insaan seperti kita menggunakan teknologi yang dipelopori oleh saki baki Lamarakh Bumi? Adakah Lamarakh Bumi memang tak nak berkongsi langsung dengan kita tentang Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi ini? Bagaimanakah rupanya teknologi Lamarakh ini? Dan apa akan terjadi sekiranya kita Al-Insaan mampu menguasai teknologi Lamarakh?
Di dalam Part 6 ini kita rungkai persoalan (b) terlebih dahulu dan persoalan (a) akan diceritakan dalam Part 7 nanti.
Tentang Persoalan (b)....
Di dalam posting2 yang lepas ada saya kongsikan bahawa kajian DNA Al-Insaan telah lama menemui jalan buntu. Saintis2 terhandal masakini hanya dapat memahami 5% sahaja tentang kod2 DNA ini. Selebihnya iaitu 95% lagi langsung tidak difahami oleh kita lalu saintis2 menggelarkannya “DNA junk” atau “Sampah DNA”. Mengapa terjadi begini? Benarkah 95% bahagian DNA yang kita tak faham ini adalah sampah? Ya, di sini lah terletaknya kunci kehebatan teknologi Lamarakh iaitu Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi yang berlandaskan ilmu biologi tinggi, kajian dimensi dan spiritual.
Sebelum boleh diterangkan lebih lanjut tentang hal DNA ini dan perkaitanya, adalah baik kita fahami dahulu tentang apakah perbezaan besar di antara Al-Bashar dan Al-Insaan. Perbezaan yang paling besar ialah Al-Bashar tidak mempunyai “DNA junk” di mana Al-Insaan pula mempunyai “DNA junk”. Andakah anda faham situasi perbezaan ini? (Kalau tak faham... cupa baca sekali lagi perenggan sebelum ini :P)
Apakah sebenarnya yang terkandung di dalam “DNA junk” ini? Sebenarnya... “DNA junk” mengandungi semua ilmu dan kebolehan bapa Al-Insaan iaitu Nabi Adam a.s. termasuklah ilmu segala nama. Akan tetapi, sayangnya secara semulajadi bila kita dilahirkan, “DNA junk” yang 95% ini memang sedia ada TIDAK aktif. Yang aktif hanyalah 5% sahaja. Bolehkah kita mengaktifkannya?
Bagi Al-Bashar pula, seperti yang dijelaskan tadi mereka memang tidak mempunyai DNA junk” ini. Akan tetapi, kehebatan teknologi Lamarakh ialah mereka mampu mengekstrak DNA mana2 haiwan atau tumbuhan bagi digabungkaan dengan DNA mereka. Dengan kata lain, kalau mereka nak menjadi kuat seperti gajah... mereka mampu mengambil bahagian DNA tertentu gajah bagi dicampurkan dengan DNA mereka. Maka mereka akan kuat seperti gajah. Kalau mereka mahu mempunyai sayap... mereka mampu mengekstrak DNA burung dan mencampurkannya dengan DNA mereka. Maka mereka akan mempunyai sayap dan mampu terbang seperti burung. Begitulah seterusnya, mereka mampu mengekstrak DNA apa sahaja benda di sekeliling mereka bagi memperolehi kebolehan2 luar biasa. Oleh kerana teknologi ini, mereka juga boleh merubah-ubah rupa bentuk fizikal mereka... ala macam Shape-shifter tu la.
Sekarang... cuba bayangkan kalau Al-Insaan dapat mempelajari dan menggunakan teknologi Lamarakh ini? Kita akan mampu mempunyai kebolehan2 luar biasa. Malah... dengan teknologi Lamarakh ini, kita boleh mengaktifkan “DNA junk” kita yang 95% itu dengan mudah... Inilah sebabnya, saki baki Lamarakh Bumi memang keberatan untuk berkongsi teknologi mereka dengan kita Al-Insaan. Kita secara semulajadi telah dianugerahkan oleh Allah suatu pemberian tidak ternilai iaitu “DNA junk”. Adakah kita bersyukur?
Pernah tengok cerita X-Men? Cerita ini sebenarnya diilhamkan daripada kisah pertembungan dan perperangan di antara Atalan dan Lamarakh suatu ketika dahulu. Pernah tengok cerita Spawn? Ia adalah gambaran kehebatan seorang Panglima Lamarakh. Pernah dengar tentang kebolehan Werewolf dan Vampire? Ish... ye ker semua ni? Terpulanglah kepada anda untuk memikirkannya.
[Nota: Secara fizikal, tanda mudah untuk kita membezakan Al-Bashar dengan Al-Insaan ialah Al-Bashar tiada lekukan di bahagian antara bawah hidung dan bibir atas mereka. Kita Al-Insaan mempunyai lekukan ini. Kalau dikawasan Malaysia, Indonesia dan nusantara ini... pernahkah anda mendengar tentang satu kaum iaitu Kaum Kerinchi?]
(Insyaallah... bersambung)