Rahsia Kitab Kabbalah (Al Insaan 4/7)

ASAL-USUL TENTANG BAGAIMANA FIKIRAN AL-INSAAN DIPENJARAKAN OLEH SEJENIS MAKHLUK?
[Part 4 of 7]

Sebelum kita sambung mengenali “Aslaik La”, cuba perhatikan dulu ayat ini.

[Surah Al-Israa’, Ayat 84] Katakanlah (wahai Muhammad): “Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya”.

Saya mengutarakan dulu ayat ini supaya boleh kita renung2 dan fikir2 kan. Apa yang saya tulis sebagai posting2 di dalam album NWO ini ialah interpretasi maklumat2 yang saya dapat melalui pembawaan jiwa saya. Sekiranya ada di antara anda yang berbeza pendapat, terpulanglah kepada anda dan saya tidak memaksa anda untuk melihatnya. Sedikit peringatan lagi, posting kali ini dan posting2 seterusnya di dalam siri ini akan membawa isi2 dan kandungan2 yang berat2 dan diharapkan sekiranya anda tidak mampu menanggungnya, tutuplah segera posting ini yer :P

“Aslaik La” dijadikan daripada bahan yang dipanggil “Ketiadaan” atau “Nothingness”. Terkejut? Tidak faham? Meragukan? Ya, saya pun sama sahaja ketika mula2 mendengar tentang hal ini. Saya mengambil masa yang agak lama juga untuk memahami dan menghargai bahan “Ketiadaan” ini.... di mana sesuatu itu tidak boleh ada tanpa adanya “Ketiadaan”.

[Nota: Rasanya elok la anda berhenti membaca dahulu di sini dan cuba fahamkan dulu perenggan ini. Setelah anda rasa agak2 sudah dapat menangkap dengan jelas apa yang diterangkan di sini, boleh la pembacaan anda disambung semula].

Sebenarnya, ada banyak lagi makhluk Allah yang setara kompleks nya dengan “Aslaik La” ini. Contoh makhluk2 yang setara dengan “Aslaik La” ialah..... “Masa”, “Ruang”, “Cahaya”, “Graviti”, “Kalam”, “Lauh Mahfuz” dan “Tenaga”. Ya... semuanya ini adalah makhluk2 Allah jua dan terlalu kerap ilmuan2 dan saintis2 hari ini menyalah anggap di mana mereka sama sekali tidak mengiktiraf semuanya ini sebagai makhluk2 Allah. Sebaliknya mereka menyangka yang semua ini sebagai sesuatu yang lain. Justeru, bagaimanakah sebenarnya kita hendak memahami struktur alam sejagat ini untuk mengenali dan membezakan kewujudan semua makhluk2 Allah? Sebenarnya, ada banyak kitab2 yang menerangkan hal2 sebegini.

Walaupun memang ada banyak kitab2 yang boleh menerangkan struktur keseluruhan alam sejagat yang mengandungi berlapis2 dimensi, di dalam posting kali ini saya hanya ingin berkongsi tentang sebuah kitab sahaja. Kitab ini telah sekian lama dipandang serong oleh masyarakat umum kerana hasil manipulasi geng2 jahat. Kitab ini bernama Kitab Kabbalah. Kadang kala ia digelar sebagai “The Book of Jewish Magic” dan banyak lagilah gelaran2 yang memusykilkan telah diberi untuk kitab ini (boleh sahaja anda google di internet untuk melihat puluhan nama2 lain bagi Kitab Kabbalah serta ajaran2 nya).

Kitab Kabbalah sebenarnya adalah sebuah kitab lama yang digunakan oleh semua 96 Bangsa2 terdahulu yang telah disalin semula oleh cendekiawan2 di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s. Malangnya, hari ini jika anda cari di internet atau rujukan2 moden yang lain tentang Kitab Kabbalah... anda akan menemui maklumat2 yang telah diselewengkan habis-habisan oleh geng2 jahat. Tujuan penyelewengan besar-besaran ini ialah tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan fikiran kita Al-Insaan sentiasa terpenjara. Geng2 jahat juga mahu memastikan kita kekal mengikut telunjuk mereka dalam keadaan tidak menyedari apa yang sebenarnya berlaku.

Geng2 jahat juga maklum, dengan kedatangan Nabi Muhammad saw serta turunnya Al-Quran, Al-Insaan akan dibebaskan daripada belenggu dan penjara fikiran ini sekiranya benar2 menghayati ajaran2 Islam yang boleh merungkai semua persoalan2 yang terbuku di benak minda, fikiran dan hati kita.

Untuk makluman anda, Kitab Kabbalah yang asli adalah tidaklah berapa tebal... hanya setebal majalah2 hiburan yang biasa kita baca sahaja. Walaupun demikian, isinya mengandungi banyak sekali ilmu2 yang telah terkumpul dan digunakan semenjak zaman-berzaman daripada Bangsa2 terdahulu. Dalam Kitab Kabbalah asli (versi salinan zaman Nabi Sulaiman a.s.), ianya dipenuhi rajah2 geometri dan simbol2 sahaja. Setiap helaian mempunyai beberapa jenis kombinasi tekstur tertentu yang jika ditelusuri dan disentuh dengan jari atau kulit kita akan mengajarkan kita ilmu2 yang tidak boleh dijelaskan dengan bahasa pertuturan. Setiap helaian juga mempunyai bau-bauan yang mengandungi ilmu2 dan di helaian2 tertentu boleh dijamah dengan lidah bagi merasai sesuatu jenis rasa yang juga boleh menyampaikan maklumat2 yang tidak boleh kita bayangkan pada masa kini. Di permukaan2 tertentu kitab ini pula, kita boleh meniup dan ia akan mengeluarkan bunyi yang hebat serta boleh juga menyampaikan ilmu2 dan maklumat2 tertentu. Perkataan atau ayat hanya tertulis sedikit sahaja dalam bahasa Hebrew atau Ibrani. Tiada pengetahuan khas diperlukan bagi memahami isi2 kitab ini. Semua manusia boleh mentelaah kitab ini dengan mudah. Bolehkah anda bayangkan? Kini, kitab ini telah jatuh di tangan geng2 jahat. Untuk makluman anda, Dajjal mempunyai satu salinan peribadi kitab ini.

Saya faham, untuk kebanyakan kita, maklumat yang diceritakan di sini adalah terlalu berat untuk diproses oleh minda dan fikiran kita. Seperti biasa, fikiran anda tentu akan mengasak-asak dan tertanya-tanya daripada sumber manakah saya mendapat maklumat2 gila sebegini. Saya tahu, kita manusia moden telah lama melabelkan maklumat2 sebegini sebagai fantasi dan illusi. Inilah yang dimahukan oleh geng2 jahat.

Seperti posting2 saya yang terdahulu, polisi saya tetap sama untuk tidak mendedahkan sumber2 saya kerana sebab2 tertentu. Saranan saya ialah, cuba bukakan minda, fikiran dan hati anda dalam menimbangkan hal2 ini.

Wallahulam