Misi ke bulan [TB 1/13]

Rasanya sudah sampai masanya album NWO menerangkan pembohongan tentang perkara-perkara yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang telah dipaparkan di dalam posting2 yang lepas. Sebelum itu, sedikit AMARAN... kalau anda mula rasa lain macam semasa membaca posting ini, baiklah dihentikan sahaja pembacaan anda. Apa yang bakal anda baca adalah sesuatu yang amat2 sukar dipercayai... silap2 anda boleh rasa nak meludah muka saya selepas membaca posting ini :P 

Mengapa pula sangat sukar untuk dipercayai? Kerana semenjak kecil kita telah diasuh oleh sistem Zionis untuk hanya percaya apa yang ditulis di dalam buku2 teks sekolah dan sistem maklumat serta berita yang memang semenjak awal lagi dibangunkan untuk membutakan mata kita pada maklumat2 yang sebenar.

Kita mulakan dengan Bulan dulu. Apa yang diberitahu kepada kita oleh NASA tentang Bulan ialah:

1. Bulan ialah tempat yang bosan dan tandus. Berwarna kelabu kekuningan.

2. NASA dah hantar orang pergi dan turun atas Bulan sebanyak tujuh kali (di antara Tahun 1969 hingga Tahun 1972) dan mendapati tiada apa lagi yang menarik lagi untuk dikaji di Bulan.

3. Oleh kerana NASA dah habis kaji pasal Bulan, mereka sekarang menumpukan usaha2 mereka untuk menjelajah angkasa lepas lebih jauh lagi.... seperti meneroka planet2 lain dalam sistem suria dan juga meneropong lebih jauh sehingga ke sistem2 bintang lain serta galaksi2 lain yang sangat2 jauh. Setakat kaji Bulan... apa kelassss?

4. Pendek kata... pasal Bulan ni tak payah la kita sibuk2 nak tanya2 lagi. Baca ajer la buku2 teks yang mereka dah tulis tu. Memang takder apa kat Bulan tu.

Soalannya ialah... Benarkah begitu? Adakah wajar kita terima buta2 sahaja tentang hal ini? Blind acceptance?

Oleh kerana kita semua tak pernah pergi sendiri tengok apa ada kat Bulan tu dan kita telah dilatih untuk percaya kepada buku2 teks yang ditulis oleh NASA penipu ni... sampai mati la kita tak tau perkara yang sebenarnya.

Okay lah... untuk posting pertama ni marilah kita lihat dulu perkara2 asas yang secara relatifnya ringan2 dan persoalan2 tentang Bulan yang NASA tak nak kita tahu. Sekali lagi diingatkan... kalau anda dah mula rasa semacam apabila membaca posting ni... eloklah dihentikan sahaja pembacaan anda.

Sekarang cuba fahamkan persoalan2 yang berkaitan dengan perkara-perkara di bawah ini:

1. Bulan bukan tempat yang bosan dan tandus. Ya... Bulan juga bukan berwarna kelabu kekuningan. Bulan ialah seperti Bumi.... penuh berwarna-warni. Pendek kata... Bulan ialah sebuah mini planet yang mampu menampung pelbagai hidupan seperti di Bumi. Wah... hebat... tapi kenapa kita tak pernah mendengar tentang hal ini? Kalau kita pernah dengar pun... bukankah cerita sebegini dianggap cerita dongeng? Dan bukankah orang yang mengatakan ini ialah fakta sebenar (seperti yang sedang saya buat sekarang ni la) sudah tentu akan dianggap gila atau mereng atau skru tak cukup?

2. Kenapa NASA bersusah payah reka cerita yang hebat2 dengan kos berbillion2 USD untuk menyorokkan perkara2 yang sebenar? Sebelum persoalan ini terjawab... boleh kah kita fikirkan apa kah perkara yang paling ditakuti oleh Zionis? Ya... inilah kunci kepada jawapan persoalan ini. 

3. Siapa duduk kat Bulan? Sabar... nanti di dalam bahagian-bahagian seterusnya akan diterangkan.

4. Adakah NASA betul2 telah menghentikan misi pergi ke Bulan ni? Untuk mengukuhkan lagi pendirian NASA yang Bulan ni takder nilai untuk dikaji... Obama telah mengumumkan tidak lama dulu yang Amerika Syarikat dengan rasminya menghentikan dan menutup "Projek Bulan". Adakah ini lakonan untuk mengaburi aktiviti2 mereka berkaitan dengan Bulan yang sebenarnya mereka sedang teruskan secara rahsia?

5. Persoalan seterusnya... daripada mana saya dapat sumber maklumat ini? Sudah tentu bukan daripada internet atau buku2 hasil tulisan NASA dan penyokong-penyokongnya. Dan saya pun tidak bercadang untuk menerangkan daripada mana maklumat2 ini saya dapat kerana sebab2 tertentu. Jadik kalau anda rasa lebih percaya kepada NASA dan rasa saya gila... untuk ketiga kalinya... saya pohon jangan teruskan pembacaan anda.

6. Last but not least... timbul persoalan... apa pulak gunanya program2 angkasa lepas yang gah dan hebat sedang dijalankan sekarang? Adakah ianya untuk tujuan "show" atau propaganda sahaja? Nanti akan diterangkan.

(Insyaallah bersambung....)

Wallahulam.